Bertukang bersama, rakyat seronok lihat Agong dan Tunku Azizah

Oleh: Zuzu Yasmine

Sememangnya meminati seni kreatif, Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Iskandariah kerap dilihat berkongsi beberapa posting menarik semasa banginda melakukan kerja seni kreatif ini.

Tidak kekok dalam mencanting batik, membuat kerja kayu, menyulam dan memasak, ini adalah beberapa aktiviti yang digemari oleh Tunku Azizah.


Bertukang bersama

Menerusi perkongsian Instagram Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berserta Raja Permaisuri Agong telah melakukan lawatan ke Pusat Inkubator Kraf Temerloh hari ini. Seri Paduka Baginda berdua berpeluang menyaksikan kerja-kerja penghasilan kraf kayu dan kain batik di lokasi tersebut.

Di samping itu juga, Seri Paduka Baginda bedua juga turut berpeluang memberi sentuhan kreatif kepada produk kraf kayu yang sedang dalam proses penghasilan.

Tidak kekok pegang mesin

Malah menerusi Instagram Tunku Azizah sendiri telah berkongsi beberapa rakaman pendek yang memperlihatkan Agong mencemar duli mencuba sendiri alatan untuk membuat produk kraf kayu.

 



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata telah memberi komen yang positif, di mana senang melihat pasangan diraja ini begitu mesra dan manis saat bersama. Malah mendoakan agar Seri Paduka Baginda berdua dilimpahi kesejahteraan.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen