Penunggang motosikal disaman RM1000 hanya sebab lupa pakai ‘mask' lepas minum air

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak mulanya wabak penularan Covid-19 di seluruh Malaysia, pihak kerajaan telah mewajibkan semua rakyat untuk memakai pelitup muka ketika di tempat awam demi membendung wabak tersebut.

Walau bagaimanapun, dua penunggang motosikal dikatakan telah didenda sebanyak RM1000 seorang kerana menanggalkan pelitup muka ketika meminum air di Parit Buntar, Perak.


Menurut laporan World Of Buzz, ketika kejadian kedua-dua individu dikatakan dalam perjalanan menunju ke pusat membeli belah untuk menghantar rakan mereka.

Tidak kenakan pelitup muka semula

Mereka yang memberhentikan motosikal di hadapan pusat beli belah itu menurunkan pelitup muka ke dagu untuk menikmati air yang dibeli sementara menunggu. Selesai sahaja minum mereka tidak memakai pelitup muka itu kembali dan meletakkan cawan minuman ke dalam bakul motosikal.



Disaman pihak polis

Nasib tidak menyebelahi mereka apabila tiba-tiba didatangi oleh tiga individu yang mengaku sebagai polis dan penunggang motosikal itu telah dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Berdasarkan sumber lain, dua daripada individu terbabit dipercayai merupakan pegawai berpakaian biasa kerana mereka tidak memakai pakaian seragam polis.

Walaupun begitu, mereka telah membuktikan bahawa mereka adalah anggota polis. Kedua-dua penunggang motosikal itu diarahkan untuk menaiki kereta dan dibawa ke ibu pejabat polis Daerah Kerian.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen