6 kali temuduga kerja tapi tak lepas, gadis tebar roti canai demi bantu keluarga

Oleh: Zuzu Yasmine

Saat rakan sebaya lain seronok memilih kerja yang diminati, tetapi berlainan pula dengan gadis ini yang melupakan hasrat tersebut malah menggantikan bapanya sebagai penebar roti canai di kedai milik keluarganya di Pokok Sena.


Ganti ayah pikul tanggungjawab

Tanpa rasa kekok dan dengan gaya bersahaja, Nur Amni ‘Aqilah Ruzaini, 23, cukup berkemahiran melakukan tugas itu yang sinonim dengan kaum Adam, hingga mencuri tumpuan pengunjung yang datang menikmati sajian di premisnya.

“Saya mula jadi penebar roti canai pada 2015 selepas ayah saya terlantar sakit selama sebulan akibat terjatuh longkang. Sebagai anak sulung daripada tiga beradik saya menggalas tanggungjawab untuk bantu ayah buat roti canai sebab tidak ada pengganti.

“Saya cuba sedaya upaya menebar roti canai dan saya sudah tengok cara ayah menebar roti sejak kecil lagi di kedai ayah yang sudah beroperasi hampir 30 tahun lalu,” katanya

Enam kali gagal temu duga

Menurut dirinya, kerjaya sebagai penebar roti canai bukanlah pilihan utama untuk meraih pendapatan selepas menamatkan pengajian Diploma Vokasional dalam jurusan Pengurusan Perniagaan dari Kolej Vokasional Sungai Petani 2, Sungai Petani.

Tapi akibat kegagalan dalam enam temu duga kerja memberinya tidak banyak pilihan dan beliau membuat keputusan menjadi penebar roti canai di kedai bapanya itu demi membantu keluarga.


Ikuti kelas bagi tingkatkan kemahiran

Katanya lagi, bagi meningkatkan kemahiran, beliau turut menghadiri kursus membuat roti canai dan dapat mempelajari hampir 20 menu roti canai.

“Saya menebar roti dengan cara saya malah belajar dan terus belajar serta menambah baik dari semasa ke semasa untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan hinggalah ke saat ini saya sudah tidak kekok untuk berbuat demikian dan pelanggan pun puas hati,” katanya.

Beliau yang turut menjual roti canai dan murtabak sejuk beku sejak Jun lepas untuk mempelbagaikan pilihan kepada pelanggannya sekali gus dapat meningkatkan hasil jualan.

“Saya juga bercadang membeli mesin bagi membantu saya menghasilkan roti canai dan murtabak sejuk beku ini dengan lebih cepat dan berharap pada masa akan datang saya dapat pasarkan produk saya secara lebih meluas dan diletakkan di pasar raya besar,” ujarnya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen