"Jangan kedekut dengan mak, isteri dan anak, mereka itu lubuk rezeki..." - Imam Muda Hassan

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mencari rezeki, pelbagai usaha dan cara diletakkan untuk mendapatkan rezeki yang halal, ataupun rezeki yang luas. Tapi itulah, kadang kala kita terlalu memandang yang jauh sedangkan yang depan mata ini tak dihargai dan dijaga seeloknya.

Bukan dengan belanja kawan makan sahaja boleh luaskan rezeki, malah bukan juga bersedekah membantu dalam rezeki, namun berkongsi sesama keluarga, anak, isteri, dan ibu bapa juga salah satu cara untuk meluaskan rezeki.


Bila berkongsi dengan mereka ini, bukan saja dibuka seluas-luasnya rezeki yang lain tapi juga tak terputus-putus rezeki tersebut untuk terus mengalir kepada anda. Seperti yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan Adli ini tentang rezeki yang tak disangka-sangka.

Jangan kedekut dengan mak, isteri, anak

Dalam perkongsiannya itu, kalau nak kaya, jangan takut nak melabur dengan ibu bapa, isteri dan juga anak-anak. Ini kerana, mereka semua mendoakan dalam diam.

“Nak Jadi Jutawan, Jangan Kedekut Dengan Mak, Isteri, dan Anak.

“Mak, isteri, dan anak-anak adalah rezeki Allah pada kita. Mereka ni lah orang yang dekat dengan kita. Ramai tak sedar, selama ni Allah bagi rezeki kerana doa mereka tiap hari pada kita.

“Isteri selalu doa pada suaminya, tapi dia tak cakap pada suami. Anak-anak walau tak pandai berdoa untuk ayahnya, tapi dalam senyumannya tersirat doa yang semua orang tak tahu melainkan Allah. Gembiranya anak-anak, lebih lagi gembiranya Allah pada kita.

“Seorang ibu pasti akan doakan kejayaan anak-anaknya, tapi dia tak bagitau kita. Tak ada ibu yang nak tengok anaknya hidup susah. Dia bangun di malam hari tiap hari doakan anak-anaknya. Tapi anak-anak tak tahu,” kongsinya.




Pintu rezeki ada pada mereka

Kalau dengan anak, isteri dan ibu bapa sendiri pun dah berkira macam mana Allah nak bagi apa yang dimahukan. Sebab itu, jangan takut nak belanja anak, isteri dan ibu bapa insyaAllah akan digantikan yang berlipat kali ganda.

“Allah tengok apa yang kita buat. Kalau dengan anak isteri yang dekat dengan kitapun berkira, macam mana Dia nak buka pintu rezeki untuk kita?

“Banyak orang takut untuk melabur kegembiraan untuk mak, isteri, dan anak-anak, sebab takut miskin. Katanya kena berkira-kira nanti tak cukup makan. Belum apa-apa lagi dah sangka buruk dengan Allah. Sedangkan Allah yang bagi rezeki, bukan kita. Cubalah buat dulu, tunggu masa je rezeki yang tak disangka-sangka datang bergolek,” ujarnya.

Orang yang terdekat dengan kita adalah orang yang akan selalu doakan kita, tak kiralah apa yang telah kita lakukan. Jadi kalau nak rezeki luas, kenalah selalu belanja mereka ini biar mereka terus menerus membuka lorong rezeki buat kita.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen