Tiada pendapatan sejak PKP, Ustaz Ebit Lew hulur bantuan makanan pada Zoo Negara

Oleh: Zuzu Yasmine

Sentiasa menjadi yang pertama dalam menghulurkan bantuan, siapa sahaja yang tak kenal pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew yang sentiasa memberi bantuan buat mereka yang memerlukan.

Kalau selalunya dia bertindak pantas dalam memberi sinar baru kepada insan yang memerlukan, kali ini beliau turut menyalurkan sumbangan kepada Zoo Negara bagi menyelamatkan haiwan-haiwan di sana.




Menerusi perkongsian beliau di Facebook, semalam beliau telah singgah ke Zoo Negara selepas dihubungi dalam meminta sumbangan makanan untuk haiwan-haiwan di sana kerana mereka kekurangan dana.

Tidak pendapatan tetap sejak PKP

Menurutnya, kerana tiada pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan, mereka tidak dapat menyediakan makanan dan penelenggaraan zoo yang dikatakan memakan belanja sebanyak sejuta sebulan.

Bersimpati dengan keadaan itu, beliau tanpa berlenggah terus membawa 200kg daging lembu dan 500kg buahan serta sayuran untuk diberikan kepada haiwan Zoo Negara itu.



Menyeru orang ramai turut membantu

Ustaz Ebit Lew yang baru mengetahui bahawa Zoo Negara hanya dikendalikan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah mengalu-alukan orang sama menghulurkan bantuan kepada Zoo Negara demi kesejahteraan tempat pelancongan yang penuh dengan memori itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen