Suami hadiahkan emas buat isteri, hasil dari menabung syiling selama dua tahun

Oleh: Zuzu Yasmine

Cukup mudah nak gembirakan hati seorang isteri ini. Kadang tak perlukan barang yang mahal ataupun mewah tapi lihat usaha dan kata-kata yang baik pun sudah cukup gembirakan hati mereka. Itu belum lagi kalau terima emas atau kejutan dari yang tersayang, tentunya bertambah-tambah sayang.


Hasil suami menabung dua tahun

Menerusi pengguna TikTok Aien Suraya ini, yang berkongsi kisah akan usaha suaminya menabung demi membeli barang kemas buat dirinya. Menurutnya, suaminya begitu gigih menabung duit syiling selama dua tahun demi capai hajat untuk memberi kejutan pada isterinya.

Bahagia dapat kejutan macam ni

Tentunya dalam hati wanita ini terasa gembira dan bersyukur memiliki suami seperti ini. Malah, dalam rakaman tersebut boleh dilihat wanita ini hanya menghulurkan tangan tatkala suaminya memakaikan gelang pemberiannya secara berhati-hati.

Perkongsian ini telah menarik perhatian ramai yang rata-rata turut berkongsi kegembiraan tersebut. Malah, ramai berazam untuk cuba menabung seperti suami Aien Suraya agar dapat memiliki emas idaman suatu hati nanti.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen