Gelagat si Oyen jadi 'security' sambilan di Maybank Gombak tarik perhatian peminat kucing

Oleh: Zuzu Yasmine

Peminat-peminat kucing tentunya sangat mengenali ragam ‘Oyen’ yang sememangnya nakal dan suka mencuri perhatian manusia. Sentiasa membuat ramai orang geram dengannya malah, si Oyen juga kadang kala dikatakan menguji kesabaran tuannya.


Tapi berlainan pula dengan Oyen yang ini. Menerusi perkongsian oleh Idiaj Dhom di Kelab Pencinta Kucing Malaysia (Group) di Fecbook, Oyen yang ini dikatakan menjadi pengawal keselamatan sambilan di Maybank, Taman Sri Gombak.

Menurut Idiaj, Oyen yang satu ini agak dikenali oleh pelanggan bank tersebut kerana selalu sikapnya yang mencuri masuk menghabiskan masa dengan tidur di dalam aircond.

"Siapa yang biasa pergi Maybank Taman Sri Gombak akan biasa tengok Oyen ni."

“Dia security sambilan, tapi biasa tidur je, nak tidur dalam aircond je. Tapi tak pernah berak dalam bilik atm/cdm. Semua orang sayang dengan Oyen ni.”

Perkongsian itu telah mendapat perhatian dari pengikut kelab itu yang rata-rata terhibur dengan si Oyen, malah ada juga yang mencadangkan agar Oyen diberi ‘staff ID’ sebagai perkerja tetap di bank tersebut.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen