"Orang kata lelaki kelab malam tak boleh buat suami..." - Tak sangka sekarang dia yang imamkan solat

Oleh: Zuzu Yasmine

Tinggalkan seseorang tanpa memberi peluang untuk dia berubah adalah tindakan tidak sepatutnya. Walaupun seteruk mana dia dahulu tetapi peluang untuk berubah terbuka luas untuknya jika ada kemahuan.


Dalam perkongsian satu rakaman video oleh Zuliani Asylia, terlihat seorang lelaki yang segak mengenakan baju berona merah serta berkain pelikat sedang khusyuk menunaikan solat.

Menerusi perkongsian TikTok itu, dia berjumpa dengan suaminya di sebuah kelab malam. Malah orang sekelilingnya pernah memberitahu bahawa lelaki di kelab malam ini tak boleh buat suami.

“Orang kata lelaki club ni tak boleh buat suami. Sebab dia orang ni playboy. Hanya nak buat main-main je...”

Dia yang percaya bahawa setiap orang berhak diberikan peluang untuk perbaiki diri malah kini bahagia bersama suami tersayang. Siapa sangka dari luar dilihat hanya tahu mengejar keseronokan dunia tetapi di dalamnya dia seorang suami yang boleh membimbing isteri ke arah lebih baik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dan memuji lelaki tersebut. Malah, ada juga yang mendoakan agar perubahan tersebut berterusan dan pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhirnya.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen