Lelaki gigih guna tangan palsu cari rezeki tampung keluarga

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun tidak sama seperti insan lain, tapi selagi ada kemahuan di situ ada jalan dan peluang dalam mencari rezeki. Kekurangan yang ada bukan penghalang untuk berkerja demi mencari sesuap nasi.


Berlindung disebalik baju berlengan panjang ketika berkerja di premis memproses ayam, tiada siapa yang tahu keadaan fizikal Rusdi Yusoff yang sebenarnya memakai tangan palsu dalam memudahkan urusannya.

Hilang tangan kiri pada usia 17 tahun

Lelaki berusia 56 tahun itu dikatakan kudung tangan kiri hampir ke paras siku akibat cubaan untuk mengebom ikan ketika berusia 17 tahun menyebabkan dia kehilangan tangan kirinya.

Namun begitu, dia tidak kekok untuk melakukan tugasan diberikan walaupun banyak bergantung kepada tangan kanannya.

"Pada peringkat awal kerja dahulu memang agak sukar kerana saya hanya bergantung kepada sebelah tangan, tapi apabila memakai tangan palsu sekurang-kurangnya ia dapat membantu saya bekerja.

"Bagaimanapun keadaan tangan palsu ini sudah semakin uzur dan banyak yang saya baiki sendiri termasuk mengikatnya dengan tali," katanya.


Dia yang sudah berkerja di premis itu sejak 20 tahun menyatakan bahawa tangan palsu yang digunakan itu adalah hasil sumbangan seorang penderma lima tahun lalu.

Cuba nasib dalam pelbagai jenis perkerjaan

Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, dia tidak pernah berputus asa dalam mencari keselesaan hidup sama seperti insan lain. Malah, sebelum ini dia pernah berkerja dia Kuala Lumpur serta menternak haiwan.

Namun kerana sukar melakukan seorang diri, dia memilih untuk berkerja di tempat memproses ayam dengan dibayar gaji antara RM40 hingga RM50 sehari.

Syukur majikan bertolak ansur

Malah dia juga meluahkan rasa syukur memiliki majikan yang memahami keadaan dirinya dan juga keluarganya.

Katanya, dia juga kerap mengambil cuti disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan selain terpaksa menguruskan isterinya, Rosmawati Jusoh, 46 yang terlantar akibat penyakit buah pinggang selain masalah penglihatan, skizofrenia dan diserang sawan.

Tambahnya, tiga anaknya sudah berkerja dia kampung sahaja, manakala seorang mencuba nasib di Kuala Lumpur dan seorang lagi sedang melanjutkan pelajaran di Tingkatan Enam.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen