Manja Mira Filzah panggil suami 'Bubu', tapi peminat ingat panggil kucing

Oleh: Zuzu Yasmine

Sentiasa mendapat perhatian pelakon popular Mira Filzah dan juga suaminya Wan Emir Astar yang sudah tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Sepanjang tempoh itu, ada sahaja perbualan mengenai pasangan ini yang dilihat sangat sweet bila bersama dan ketika berkongsi moment indah.


Panggilan manja suami

Baru-baru ini, apa yang mencuri perhatian warganet adalah panggilan Mira terhadap suaminya iaitu ‘Boo boo’ yang dirakam sendiri oleh Mira Filzah.

Mulanya, pelakon berusia 27 tahun itu memuat naik Instastory bagi berkongsi Outfit of The Day (OOTD) bersama peminatnya di hadapan cermin. Malah, ketika itu juga dia memanggil suaminya dengan panggilan manja untuk bergambar bersama.



Mendapat perhatian netizen hingga ke laman Twitter, rata-rata mendengar Mira memanggil suaminya ‘Bubu’ dan berseloroh menyatakan bahawa itu panggilan nama kucing mereka.

'Boo boo' lah bukan 'Bubu'

Walau bagaimanapun, ada juga yang mengakui bahawa panggilan ‘Bubu’ itu terdengar comel serta panggilan tersebut dieja dengan ‘Boo boo’ bukannya ‘Bubu’ seperti yang mereka selorohkan.



Rakaman tersebut telah dimuat naik Mira Filzah selepas pulang menyambut hari ulang tahun kelahiran adik iparnya serta birasnya iaitu Wan Imar Izzat dan Shama Aina beberapa hari lepas.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen