8 bulan setia tunggu suami, tak sangka jasad isteri pengganti diri

Oleh: Zuzu Yasmine

Sepanjang penularan wabak Covid-19 melanda negara ini, banyak kisah sedih yang mula menyentuh hati sesiapa sahaja. Nak-nak lagi kisah berjauhan dengan keluarga tersayang selama berbulan-bulan, terbeban menanggung rindu serta kesukaran untuk berkumpul kembali.


Perkara itu juga dialami oleh keluarga ini, tapi lebih menyedihkan lagi apabila pertemuan semula yang sementara itu adalah dalam keadaan yang berbeza.

Menerusi perkongsian Facebook Nija Tahar, dia berkongsi kisah akan ibu bapanya yang sudah tepaksa menanggung rindu selama 241 hari. Kali terakhir ibunya berjumpa bapanya adalah pada 17 Mac 2020 sebelum ayahnya itu dihantar pulang untuk jalani kuarantin. Ini kerana bapanya merupakan warganegara Singapura.


Berbulan menanggung rindu

Menurutnya, ibunya sentiasa meletakkan pengharapan untuk berjumpa dengan bapanya. Malah tidak pernah putus asa walaupun sudah berganti bulan.

Lebih menyedihkan lagi, setiap kali membuat panggilan video ibunya akan menangis dan bertanya bila ayahnya akan pulang. Namun ayat yang keluar dari mulut ibunya itu akan menyejukkan sedikit hati bapanya yang jauh dari pandangan mata.

“Ani akan tunggu abang balik...”

Tak sangka ibunya akan pergi secepat ini, Nija menyatakan bahawa ibunya tidak mengalami sebarang sakit atau mungkin dia yang tidak mahu menyusahkan orang ramai.

“Alhamdulillah mak pergi dengan tenang, di hari Jumaat hari yang dia selalu idam-idamkan,” katanya.

Ayah nampak tenang 

Pada masa yang sama, dia cukup kagum dengan bapanya yang kelihatan tenang sebaik melihat jasad ibu mereka.

“Rindu mereka sangat mendalam, ayah sangat tenang. Dalam hati ayah hanya Allah je yang tahu tapi air mata ayah gugur melihat jasad mak," tulisnya.

Tambahnya, bapa dan adiknya menjalani kuarantin wajib selama dua minggu sejurus selepas pengebumian ibunya. Malah dia tidak terbayang bagaimana keadaan mereka bagaimana pun diharap mereka terus kuat dan tabah.

Perkongsian ini telah mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini. Malah mendoakan agar arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen