Gadis bersyukur jodoh dipermudahkan. Kenal tak sampai sebulan, pihak lelaki terus bawa rombongan merisik

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam bab jodoh nie, nasib setiap orang tak sama. Ada yang bercinta bertahun-tahun tapi tak pun dirikan rumah tangga, ada juga yang tiba-tiba putus di tengah jalan, lebih sedih lagi ada juga yang masih mencari jodoh yang sesat entah ke mana.


Tapi sangat beruntung kalau berjumpa dengan jodoh yang tak nak bercinta lama-lama, terus tunjuk usaha halalkan hubungan. Aduh, itulah hubungan impian setiap orang.

Kenal tak sampai sebulan terus masuk merisik

Seperti gadis yang mahu dikenali sebagai Illyaaa ini, dia yang berkongsi detik perkenalan bersama suaminya di aplikasi TikTok telah mendapat perhatian ramai.

Imbas kembali kenangan lalu, gadis berasal dari Perak ini menyatakan bahawa hubungan yang terjalin dengan lelaki yang juga suaminya ini tak sampai sebulan iaitu 25 Januari lalu. Malah, tanpa disangka-sangka lelaki tersebut membuat keputusan untuk menghantar rombongan meminang selepas itu.

Bertunang tak lama, terus dihalalkan 

Bagaikan tak percaya, mereka telah disatukan dengan penuh meriah pada 7 Ogos lalu, serta telah memilih busana berona biru gelap untuk dipakai pada hari persandingan.


Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih lebih 30 ribu jumlah tontonan. Rata-rata warganet turut menyatakan bahawa tidak elok untuk berkawan lama kalau dah sayang halalkan sahaja hubungan tersebut. Malah, ruang komen juga turut dibanjiri dengan doa agar pasangan suami isteri ini kekal hingga akhir hayat.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen