Lebih 8 bulan terpisah dengan keluarga, warga emas ditemui mati bersendirian di rumah

Oleh: Zuzu Yasmine

Akibat penularan wabak Covid-19 di negara, banyak kisah sedih yang sering didengari sejak akhir-akhir ini. Nak-nak lagi buat mereka yang terpisah jauh dari keluarga malah terpaksa menanggung rindu seorang diri.

Hari ini, seorang warga emas ditemui meninggal dunia seorang diri di rumahnya, di Taman Pelangi, Johor Bahru.


Terpisah dari keluarga

Warga emas ini dipercayai tinggal seorang diri selepas terpisah lebih lapan bulan dengan keluarganya di Singapura berikutan penutupan sempadan Malaysia- Singapura akibat pandemik.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, mangsa Er Chiang Seng, 77, tinggal seorang diri di rumah dua tingkat tersebut memandangkan keluarganya kini berada di Singapura.



Pintu belakang terbuka

Menurut jiran mangsa, dia menyedari sesuatu yang tidak kena apabila mendapati pintu belakang rumah mangsa terbuka. Dia yang mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri di dalam tandas sebelum menghubungi pihak polis dan bomba pada pukul 10.44 pagi untuk mendapatkan bantuan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Nordatul Badrol Abd. Rahman berkata ketika pihaknya tiba di tempat kejadian mendapati lelaki warga emas tersebut terbaring tidak sedarkan diri dalam tandas.

“Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini yang tiba membuat pemeriksaan kemudian mendapati warga emas itu sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, mayat diserahkan kepada pihak polis dan operasi berkenaan tamat pada jam 11.29 pagi.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen