Sudah lali dengan ejekan, tanda lahir bukan kecacatan

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap manusia yang dilahirkan adalah ciptaan yang indah dan juga cantik. Sedikit kekurangan yang ada bukan alasan untuk mereka yang kurang bernasib baik untuk dipandang sebelah mata sahaja.

Perkara ini dilalui oleh Shaharizah, yang pernah mendapat komen agak menyenangkan di aplikasi TikToknya selepas memuat naik satu video.

“Muka itu kena sumpah ke?”

Dah lali dengan komen negatif

Wanita yang berusia 35 tahun ini dikatakan memiliki tanda lahir di pipi kanannya, namun begitu ia bukanlah satu sumpahan tetapi kurniaan Tuhan sejak lahir lagi.


Menurut Shaharizah, ini bukan kali pertama dirinya menerima ejekan kerana mempunyai kelainan pada rupa parasnya.

"Saya sebenarnya tidak termakan dengan komen sebegitu kerana sudah lali.

"Sejak kecil lagi saya terima banyak ejekan daripada rakan-rakan sekolah.

"Sampai ada satu hari, saya pernah berniat mahu membunuh diri dengan pisau ketika berusia 12 tahun, namun apabila meningkat dewasa saya menerimanya (tanda lahir) dengan reda," katanya.

Dia juga tidak menyangka hantarannya di TikTok memperoleh jutaan tontonan dan berharap ia menjadi pengajaran kepada warganet supaya berhati-hati dalam memuat naik sebarang komen di media sosial.

Jelasnya, dia gembira membaca komen warganet yang positif, walaupun terima satu komen negatif tetapi ratusan yang membalasnya dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan saya sekeluarga.


Pernah lakukan pelbagai rawatan 

Shaharizah berkata, pelbagai alternatif rawatan dibuat bagi memudarkan tanda lahir pada wajahnya termasuklah rawatan moden dan tradisional.

Menurutnya, dia pernah cuba buat melakukan rawatan memudarkan dan menghilangkan ketulan tanda lahir itu supaya kelihatan lebih cantik sebelum berkahwin dengan suaminya, Zaidi Daing Pasolong, 38, pada Jun 2018 tetapi ia kurang berkesan.

"Saya masih lagi berharap permohonan untuk melakukan rawatan laser di hospital kerajaan diterima kerana rawatan di klinik atau hospital swasta agak mahal.

"Ketumbuhan biji-biji pada wajah ini juga buat saya tidak selesa dan sering sakit kepala," katanya.

Menurutnya, dia tidak menganggap rupa parasnya sebagai kelemahan diri kerana tanda lahir itu bukanlah suatu kecacatan. Namun dia tetap bersyukur memiliki tubuh badan yang sihat dan mampu membesarkan anak lelaki dengan baik.

Terdahulu, perkongsian Shaharizah yang dimuat naik pada Oktober lalu tular di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 1.3 juta tontonan, 64,000 tanda suka.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen