Tak kedekut kongsi rezeki dengan si bulus, pemuda ini dapat pujian ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Berbuat baik sesama makhluk ini sememangnya sangat dituntut dalam Islam. Namun bantuan bukan demi mengejar pahala sahaja tetapi keikhlasan dalam menghulurkan juga penting.


Selalu dilihat mana-mana pencinta haiwan tentunya tidak lokek berkongsi rezeki dengan mana-mana haiwan terutama kepada kucing ataupun anjing jalanan. Sama seperti pemuda ini yang tular dengan sikap pemurahnya sesama haiwan.

Berkongsi rezeki dengan kucing jalanan

Menerusi sebuah posting di Facebook Kamarul Arifin yang telah berkongsi beberapa keping gambar ketika memberi makan kepada kucing-kucing jalanan.


Berdasarkan gambar tersebut, Kamarul menyediakan makanan kucing di bahagian bonet terlebih dahulu sebelum dibahagikan kepada kucing-kucing di situ. Jika dilihat sekali imbas pastinya ingat dia sedang berjual beli tapi rupanya hanya berkongsi rezeki.

“Alhamdullilah hari ini saya buka bisnes car booth laku keras walaupun tiada keuntungan tapi saya percaya suatu masa nanti ada ganjarannya…”

Telah selamatkan banyak kucing

Kamarul sememangnya seorang pencinta kucing, malah telah banyak kucing yang beliau selamatkan jika dilihat berdasarkan posting di Facebooknya.

Perkara ini telah mengundang rasa terharu warganet yang rata-rata memuji kemurniaan Kamarul. Malah ada juga yang mendoakan beliau agar sentiasa dimurahkan rezeki.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen