Bayi 16 bulan nyaris lemas, tenggelam 30 saat dalam banjir

Oleh: Zuzu Yasmine

Beberapa kawasan seperti Terengganu dan juga Kelantan telah dinaiki air disebabkan sudah tiba musim tengkujuh. Tindakan awal juga telah diambil, bagi mangsa yang terlibat dengan banjir akan dipindahkan ke tempat yang lebih selamat sebelum banjir semakin melarat.


Berikutan itu, seorang bayi berusia 16 bulan nyaris lemas selepas terjatuh dari kerusi ruang tamu, kerana rumahnya sudah ditenggelami air separas paha di Kampung Petaling, Kuala Nerus.

Dalam kejadian 1.40 petang itu, ibunya sedang bersiap sedia untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Guntong dengan bantuan bot bomba.

Menurut ibunya, Suriati Yusof, 44, mangsa, Adib Arshad Abdul Halim yang merupakan anak bongsunya ditinggalkan seketika bersama anak kelapan yang berusia tiga tahun di kerusi di ruang tamu manakala dia mengambil peluang berkemas.

“Ketika itu suami membantu menguruskan anak sulung berusia 30 tahun yang merupakan orang kurang upaya (OKU) masuk ke dalam bot bersama anak-anak lain.

“Tiba-tiba saya mendengar anak memberitahu adiknya jatuh dan tengok dia sudah lemas, mujurlah anggota bomba ada di rumah lalu segera menyelamatkan bayi saya,” katanya.

Walau bagaimana pun, Suriati lega apabila anaknya itu tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun terjatuh ke dalam air selama 30 saat.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen