Kasih bertaut kembali, wanita bahagia 'get back' dengan bekas suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh setiap orang ini berbeza-beza, sebagai hamba, hanya mampu merancang selebihnya akan ditentukan oleh Allah. Tapi itulah dalam bab jodoh ini banyak yang tak disangka dari disangka.


Seperti kisah wanita ini, tidak sangka penceraian yang dilalui itu kini menjadi kebahagiaan semula buat dirinya selepas cintanya bertaut kembali dengan bekas suami.

Rumah tangga 3 tahun terkandas

Menerusi perkongsian video di TikTok, Fara Azimie yang menceritakan sedikit kisah hidupnya. Dirinya pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015, namun terkandas di tengah jalan dan berpisah selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Malah, ketika itu dirinya mempunyai seorang cahaya perempuan.

Cinta bertaut kembali

Tidak menyangka, selepas hampir setahun tidak tinggal sebumbung, jodohnya masih lagi kuat bersama bekas suaminya. Malah, dia dan bekas suami akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin semula.

Katanya, ini adalah aturan terbaik daripada Allah dan siapalah dirinya untuk pertikaikan semua itu.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah atas perkahwinan semulanya itu, malah turut mendoakan kebahagian mereka. Dalam pada itu, ada juga yang turut berkongsi kisah dan pengalaman yang sama.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen