Nak balik Filipina, Sebak lihat Yusuf & Alisa berat lepaskan Maid pergi

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dah lama tinggal bersama tentunya rasa sayang sudah mula timbul dalam hati. Walaupun sekadar majikan dan pembantu, tetapi tentunya akan dianggap sebagai keluarga bila telah lama tinggal sebumbung.

Itulah yang dapat dilihat melalui hubungan baik antara keluarga selebriti Hanis Zalikah dan helper mereka yang berasal dari Filipina, Melany.



Berdasarkan rakaman yang dikongsi oleh Hairul Azreen, yang memaparkan momen perpisahan keluarganya bersama pembantunya di Instagram.

Menerusi rakaman tersebut terlihat suasana sebak kerana Melany dikatakan telah bersama keluarga itu selama setahaun dan kini telah berhenti daripada berkhidmat buat mereka.



Malah, dalam Instagram story pula, Hairul Azreen menyatakan bahawa dia sudah menganggap Melany itu sebagai keluarga manakala isterinya Hanis Zalikah pula seorang yang susah untuk marah kepada pembantunya itu.

Walaupun ketika itu sedang bersedih akan perpisahan yang berlaku, namun aksi lucu Yusuf iskandar yang meluru ke arah kamera sambil berkata ‘I want to pee!”.

Macam-macam ragam Yusuf ini.

Namun begitu, hubungan baik dari keluarga ini terhadap Melany patut dijadikan contoh oleh mana-mana majikan.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen