Pendakwah selebriti didakwa merogol, polis terima enam laporan

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan penahanan pendakwah selebriti baru-baru, pihak polis telah menerima enam laporan yang sama berkaitan dakwaan merogol.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor datuk Fadzil Ahmat, tempoh reman suspek akan tamat esok namun disebabkan beberapa laporan polis yang baru diterima, perintah reman akan dipohon bagi membantu siasatan.


Katanya, sehingga kini enam laporan polis diterima iaitu lima di daerah Shah Alam dan satu di daerah Petaling Jaya.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (merogol), Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul), Seksyen 377C Kanun Keseksaan (melakukan seks luar tabii) dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mencederakan).

"Polis menyeru sekiranya ada mangsa mangsa lain agar jangan bimbang untuk tampil membuat laporan polis," katanya.

Sebelum ini, pendakwah tersebut ditahan bagi membantu siasatan bagi kes dakwaan merogol seorang gadis tahun lalu selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Shah Alam.

Berdasarkan laporan mangsa berusia berusia 23 tahun itu, dia mendakwa diperkosa suspek yang mendakwa mahu membantu merawat gangguan emosi dialami pada September tahun lalu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen