Jodoh Yang Aku Cari

Oleh: Bella Bahrin

Hai. Nama aku Sara. Aku seorang perempuan yang tak ada hati dengan lelaki dan aku tak terfikir untuk berkahwin tapi mak aku asyik bising dekat aku dan kadang bukan mak aku saja, ayah aku pun sama juga.

“Sara, kamu ni dah 31 tahun tahu tak? Bila lagi mak nak terima menantu lelaki dalam keluarga ni?” Kata mak aku.

“Sara, ayah bukan apa. Ayah ni penat juga dengar mak kamu membebel. Cepat-cepatlah cari calon Sara…” Kata ayah.

Aku sebagai mangsa keadaan hanya diam saja. Penat juga dengar mak berleter tapi setiap kali mak aku berleter aku akan call kakak ipar aku suruh datang rumah. Rumah abang aku bukan jauh pun, sebelah saja. Sebab apa aku call kakak ipar aku? hanya dia saja yang boleh selamatkan aku daripada dengar bebelan mak. Dia akan datang dengan anak-anak dia dan masa tu mak akan lupa tentang apa yang dia bebel dekat aku.

Aku akui dalam usia 31 tahun ni, memang agak peliklah bila aku masih belum berkahwin tapi nak kahwin ni bukan soal jasad saja ianya melibatkan hati. Lagi pun, aku rasa kau dah tak perlukan lelaki sebab aku dah ada semuanya. Kerjaya, dan harta benda dah aku miliki malah keluarga aku pun dah naik haji. Apa lagi yang kurang? Suami? Aku pun tak tahulah bila nak muncul manusia yang boleh digelarkan suami tu.

“ Sara, akak nak tanya satu soalan ni,” Ujar kak Hani, kakak ipar aku.

“ Nak tanya pasal kahwin lah tu,” Aku mencebikkan bibir.

“ Akak nak tanya ni, Sara ni lurus ke tak?” Soal kak Hani. Aku hanya tergelak mendengar soalannya. Aku memang rapat dengan kak Hani jadi, bila keluar soalan macam tu aku tak berkecil hati malah geli hati.

“ Akak tanya betul-betul ni. Boleh pula Sara gelak.”

Aku mengelengkan kepala dan menyatakan aku masih lurus walaupun aku tak pernah keluar dengan lelaki tapi aku masih lurus dan waras. Aku tak pernah terfikir untuk songsang dan aku tak tertarik pun dekat perempuan tapi kalau aku tertarik dekat perempuan aku rasa dah lama aku try kakak ipar aku ni.

“ Sara, Kak Hani nak ingatkan ni. Kak Hani bukan ada selalu tahu nak cover Sara daripada dengar bebelan mak. Sara kena juga usaha cari jodoh. Jodoh tu manusia, bukan hujan yang turun daripada langit,” Ujar Kak Hani sebelum turun daripada kereta dan balik ke rumahnya. Aku hanya tersenyum dan melambainya pergi.

Malam tu sebelum tidur, aku ada tengok dekat IG pasal portal mencari jodoh muslim dan aku pun terfikir lah untuk mencuba. Yelah, lepas kena tarbiah sentap dengan Kak Hani siang tadi aku terbuka hati lah juga nak cari jodoh tu, cuma aku tak tahu saja nak mula dari mana. Jadi, aku rasa percubaan ni adalah langkah pertama untuk mencari jodoh. Aku pun daftarkan diri aku dalam laman web tu dan isi kan segala maklumat yang dia nak tapi aku masih ragu-ragu sebenarnya. Tapi, kata-kata kak Hani bermain di fikiran, aku tetapkan hati dan teruskan saja niat aku.

Esoknya, lepas makan tengahari aku terdetik nak buka portal tu dan tiba-tiba aku dapat satu salam. Aku sebenarnya ragu-ragu nak jawab salam dia sebab wajah dalam profil dia nampak muda. Takut juga kalau dia ni budak bawah umur ke apa jadi, aku tak jawab salam dia. Ragu-ragu sentiasa menguasai aku. Tiba-tiba, aku dapat salam lagi daripada seseorang. Kali ni, profil gambar dia nampak matang dan umur dia pun beza setahun saja dengan aku. Dengan pantasnya, aku menjawab salam beliau dan aku mengenalinya sebagai Izzrin

Seminggu kemudian, Izzrin mengajak aku untuk bertemu sebagai tanda berkenalan dan dia juga mengatakan bahawa pertemuan itu juga boleh dijadikan sebagai kayu ukur untuk terus berhubung atau tidak. Mendengarkan katanya, aku bersetuju tapi aku tak pergi seorang aku heret kak Hani sekali tu pun tanpa pengetahuan Izzrin. Bila bertemu empat mata, dari luaran dia kelihatan segak dan bergaya malah wajahnya lebih matang daripada dalam gambar.

Kami berbual-bual dan aku juga dapat tahu yang sebenarnya dia merupakan seorang usahawan. Setelah sesi pertemuan kami berakhir, dia menyatakan bahawa dia tak kisah kalau ingin teruskan berhubung dan apa pun keputusan aku, dia akan hormati.

AKu berbincang dengan kak Hani tentang hal tersebut. Kak Hani bersetuju jika kami terus berhubung malah menurut pendapat kak Hani, Izzrin seperti orang yang baik. Aku buat solat istikharah sebab hati aku masih ragu. 3 malam berturut-turut aku tal dapat jawapan dan pada malam keempat barulah aku dapat jawapan. Esoknya aku terima mesej daripada Izzrin dan dia mengatakan jika aku bersetuju untuk meneruskan hubungan dengan dia, dia ingin menghantar rombongan meminang.

Aku mengatakan persetujuan ku dan mak adalah orang paling gembira bila kak Hani bagitahu tentang Izzrin. Akhirnya, aku dan Izzrin mengikat tali pertunangan dan 5 bulan kemudian kami bernikah. Sekarang aku sedar, yang sebenarnya jodoh ni perlu dicari bukan menunggu tanpa usaha.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen