4 tahun dalam hubungan 'toxic', gadis bersyukur jumpa lelaki yang lebih baik

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak semua percintaan itu indah-indah sahaja, boleh jadi luaran nampak indah namun dalamannya penuh dengan kesakitan yang disimpan sendirian. Perkara inilah yang dialami oleh mereka yang berdepan dengan hubungan toxic.


Seperti gadis ini yang menanggung segala kesakitan seorang diri ketika jalinkan hubungan toxic bersama bekas kekasihnya.

Percaya akan berubah

Menerusi aplikasi TikTok, gadis yang lebih mesra dengan panggilan Asylee itu mendedahkan bahawa dirinya pernah berada dalam hubungan yang toxic.



Hubungan tersebut terjalin selama empat tahun, malah sepanjang itu juga dirinya telah dikasari dan banyak perkara dia tanggung sendirian. Tidak hanya itu sahaja, hasil titik peluhnya juga diambil oleh lelaki tersebut.


Meskipun begitu, dirinya tak pernah berhenti berharap dan berdoa agar lelaki tersebut berubah namun dia dituduh pula sebagai mata duitan.



Berjaya keluar dari hubungan toxic

Kini dirinya bersyukur kerana telah berjaya keluar dari hubungan yang melukakan dirinya itu, malah kini juga dia sudah berjumpa dengan kekasih baru yang lain baik.

Dia juga menyifatkan teman lelaki barunya ini seorang yang mampu melindungi dirinya.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan gadis ini malah ada juga yang memberi kata-kata semangat buat dirinya.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen