Jumpa Ipad di tapak pelupusan sampah, kejujuran 2 pekerja ini dipuji

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila barang kesayangan hilang, tentunya akan tercari-cari di mana barang tersebut. Walaupun sudah bertahun namun tentunya berharap agar bertemu dengan barang itu dalam apa jua keadaan sekalipun.


Seperti wanita ini yang kehilangan barang miliknya setahun yang lalu, tak disangka kini dia menemuinya kembali.

Menerusi laman Facebook Michelle Lim, setelah setahun kehilangan Ipad Pro, beberapa hari lalu dia terlihat email dan mendapat mesej berkenaan Ipad yang hilang.


Kongsinya lagi, Ipad Pro tersebut dijumpai oleh dua orang warga Malaysia yang berkerja di Singapura.

Dalam gembira tak terkata, dia sangat berterima kasih kepada Eday dan Yuamirul kerana menjumpai Ipad Pro miliknya.

Dalam perkongsian yang lain, dirinya memuji Eday dan Yuamirul kerana bersikap rajin, jujur dan rendah hati. Malah dia bernaggap mereka layak mendapatkan kerja yang lebih baik kerana memilik ijazah.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata memuji sikap kejujuran dua lelaki ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen