Kaki hancur saat hulurkan pertolongan, kisah hidup lelaki ini udang sebak ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap ujian yang datang itu adalah tanda Allah S.W.T sayang pada hambaNya. Walaupun rasa tidak mampu berdepan dengan ujian yang diberikan, tetapi Allah tahu kekuatan hambaNya.


Seperti keluarga ini, disaat dirinya sedang bangkit membina kerjayaan, tanpa disangka dugaan yang lebih besar menimpa mereka sekeluarga.

Dilanggar lori hingga hilang semuanya

Berkongsi pengalaman hidupnya menerusi Facebook, Mohd Sabrie Brahim menceritakan saat dirinya mampu menguruskan dirinya sendiri hinggalah kini mengharapkan isteri untuk meneruskan hidup.

Menurutnya, pada tahun 2015 lalu dia mampu membina sebuah perniagaan walaupun dirinya tidak memiliki pendidikan tinggi namun nasib tidak menyebelahi dirinya apabila dia dilanggar sebuah lori hingga menyababkan kaki kirinya hancur dan juga menghidap amnesia.

Harapkan isteri dalam rutian harian

Katanya, ketika itu emosinya tidak stabil dan hanya terbaring sahaja, malah dia mengharapkan isterinya untuk mengurus diri serta mencari rezeki. Pada ketika itu, dirinya sangat berterima kasih kepada isteri tercinta.


Ujian hidupnya tidak terhenti di situ, hampir bertahun-tahun isteri yang menjaganya menolak kerusi roda ke hospital berulang kali. Ini kerana, dia perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.

Perlu kuat demi anak-anak

Seperti menemui jalan buntu, tetapi demi anak-anak yang sedang membesar mereka mencari jalan untuk teruskan hidup. Hasil kemahiran isterinya dalam membuat rempeyek, mereka suami isteri mula lakukan jualan untuk penuhi keperluan anak-anak.

Malah ketika ini, Sabrie dan isteri masih meneruskan jualan seperti ikan terubuk masin dan juga beberapa jenis kuih hasil buatan sendiri.

Perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata bersimpati dengan nasib keluarga ini, malah ada juga yang mendoakan keluarga ini agar dipermudahkan segala urusan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen