Bagai ulang sejarah, anggota polis sekali lagi jadi 'bidan ekspress'

Oleh: Zuzu Yasmine

Sentiasa bersedia menghulurkan bantuan, itulah tindakan anggota polis berkenaan apabila menjadi ‘bidan ekspres’ sekali lagi bagi menyelamatkan nyawa seorang wanita yang melahirkan bayi di dalam tandas.


Bagaikan mengulangi kejadian 13 tahun lepas, Koperal Mohd Zahri Ramzan, 35, berkata, insiden berlaku ketika dia baru keluar dari rumahnya di Kampung Padang Balang Hilir di sini, untuk bekerja sekitar jam 7.40 pagi kelmarin.

Melahirkan bayi tak cukup bulan

Menurut anggota polis tersebut, seorang wanita dalam keadaan cemas muncul dan meminta bantuan susulan salah seorang jiran mereka melahirkan bayi mendadak.

"Saya kemudian bergegas ke rumah berkenaan sebelum mendapati seorang wanita berusia awal 30-an dalam keadaan terbaring kesakitan di dalam tandas.

"Saya dapati wanita itu amat lemah dan baru melahirkan seorang bayi lelaki. Kami dimaklumkan wanita itu mulanya mengadu mahu membuang air besar sebelum melahirkan bayi tidak cukup bulan secara tiba-tiba," katanya.


Uri tertinggal di dalam rahim

Berkongsi detik cemas itu, dia menyatakan keadaan dalam tandas itu agak sempit, jadi dia meminta bantuan jiran berusaha mengusung keluar mangsa secara perlahan-lahan dari dalam tandas berkenaan.

"Wanita itu kemudian dibaringkan di ruang tamu rumah. Ketika itu saya dapati uri bayi berkenaan masih berada di dalam rahim wanita terbabit.

"Bimbang ia boleh membahayakan nyawa wanita itu, saya memintanya meneran supaya uri itu dapat dikeluarkan.

"Alhamdulillah, uri itu akhirnya dapat dikeluarkan sebelum dibalut dengan kain sementara menunggu ambulans tiba. Saya kemudian memangku bayi itu sebelum membersihkannya menggunakan kain," katanya.

Wanita tersebut dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menaiki ambulans sekitar jam 8.15 pagi.

Dia yang bertugas di Bahagian Koordinasi Sumber Sokongan, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman berkata, tidak sangka akan mengulangi situasi yang sama.

Terdahulu, dia pernah menyambut kelahiran bayi perempuan di Wangsa Maju pada Mac 2007 dengan menggunakan ilmu ketika menjadi anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen