Luah rasa syukur, Alif Satar kini sembuh Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Meluahkan rasa bersyukur selepas 12 hari jalani kuarantin, penyanyi Alif Satar kini akhirnya disahkan bebas Covid-19.


Beliau yang mendapat rawatan di Hospital Melaka, kini dibenarkan pulang bertemu keluarganya di Kuala Lumpur.

Syukur dan terima kasih

Menerusi laporan mStar, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 30, mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam proses penyembuhannya serta rakan-rakan artis yang segera bertindak selepas dirinya disahkan wabak itu.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikurniakan. Sukacita Alif kini sudah kembali sihat dan kini berada bersama keluarga tersayang.

“Alif ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia, produksi Muzik-Muzik TV3, JS Pictures dan rakan industri yang cukup prihatin dan bertindak pantas mengambil tanggungjawab dengan membuat saringan selepas Alif disahkan positif Covid-19,” katanya.

Masa bersama keluarga

Alif turut meluahkan rasa rindu terhadap anak isterinya selepas hampir dua minggu berjauhan dan membuat keputusan untuk meluangkan masa bersama keluarga terlebih dahulu sebelum kembali berkerja seperti biasa.

Hentikan pandangan negatif

Sementara itu, Alif juga meminta masyarakat hentikan stigma negatif terhadap pesakit Covid-19 seperti memulau, mengasingkan dan memandang serong kepada mereka.

“Tiada siapa yang minta dijangkiti,” ujarnya.

Terdahulu, Alif Satar telah memaklumkan bahawa dirinya positif Covid-19 selepas dua hari membuat persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke35 (SFMM35).



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen