Trauma dengan hubungan lalu, gadis nekad terima lamaran lelaki kini bahagia

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak semua orang ada pengalaman yang indah-indah mengenai percintaan mereka. Ada juga berpengalaman dikecewakan dan diduakan hingga akhirnya menjadi trauma dalam diri.


Namun, tidak semua orang yang datang itu hanya memberi luka boleh jadi akan ada seseorang yang tepat memberi kebahagiaan.

Trauma hubungan tak menjadi

Seperti gadis di Indonesia ini yang pernah mengalami trauma disebabkan hubungan terdahulu hingga membuatkan dia sentiasa berjaga-jaga dalam percintaan.

Berkongsi kisah tersebut melalui TikTok, Sintadihsya menyatakan suaminya yang memulakan langkah dengan berani mengajaknya berkenalan yang ketika itu dia berdepan dengan trauma dengan hubungan masa lalu.

Terus datang melamar

Setelah berkenalan, tidak disangka suaminya datang berjumpa keluarga untuk melamar, malah tidak mahu berlengah mereka cepatkan pernikahan.

Meluahkan rasa syukur, dirinya tidak sangka dipertemukan kebahagiaan pada waktu yang tepat. Malah menurutnya bukan dia yang merancang tetapi perancangan Allah S.W.T yang cantik buatnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat kisah cinta wanita ini. Malah, turut mendoakan agar pasangan kekal bahagia selamanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen