Rumah dinaiki air, pengantin baru sama-sama bersihkan rumah

Oleh: Zuzu Yasmine

Musim tengkujuh telah tiba, berikutan itu beberapa kawasan kemungkinan akan dinaiki air dan menyebabkan banjir. Malah, kawasan-kawasan rumah juga akan dinaiki air banjir, sekali gus terpaksa penghuni rumah untuk berpindah.



Jika pasangan pengantin baru lain sedang sibuk melayani tetamu yang hadir tetapi berlainan pula dengan pasangan ini yang dilihat membersihkan rumahnya yang telah dinaiki air banjir.

"Time nikah aku lah nak banjir pun..."

Menerusi aplikasi TikTok @Ciknadds telah berkongsi satu rakaman video dimana keadaan rumahnya dinaiki air.

Yang lebih menariknya, terlihat seorang lelaki dengan berbusana putih sedang mengaut air yang di dalam rumah dengan menggunakan sebatang penyodok serta dibantu oleh seorang wanita yang juga berpakaian berwarna putih.


Bukan senang nak dapat memori macam ni

Walaupun bergelar pengantin baru, namun wanita berkenaan sempat ketawa saat menolak air yang memenuhi kawasan rumah tersebut.

Menurut rakaman tersebut, boleh dlihat kejadian banjir ini berlaku ketika hari pernikahan mereka berdua.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut malah ada juga yang menyatakan bahawa perkara tersebut akan menjadi kenangan. Di samping itu ada juga yang berseloroh menyatakan pengantin baru cuci periuk tetapi mereka cuci rumah.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen