Dulu berhenti kerja sebab jaga isteri sakit, suami terkejut terima sejambak duit RM100

Oleh: Zuzu Yasmine

Jarang-jarang lihat isteri beri kejuatan yang bergitu romantik buat suami tercinta. Nak-nak lagi kejutan yang diberikan adalah sesuatu yang tidak diduga demi menghargai pergorbanan suami tercinta selama ini.



Kejutan hari lahir suami

Demi suami tercinta, Attyra Saari telah berikan kejutan buat suami dengan sejambak bunga duit sempena ulang tahun kelahiran lelaki tersebut ketika sedang makan malam.

Bukan sejambak bunga duit yang biasa, tetapi bouquet itu dipenuhi dengan not wang tunai RM100.

Suami berhenti kerja jaga isteri sakit

Menerusi aplikasi TikTok, Attyra Saari juga mengimbau kembali detik saat suaminya mengambil keputusan untuk berhenti kerja lima tahun lalu demi menjaganya. Walaupun itu tindakan mengejutkan malah ramai yang tidak terima akan keputusan tersebut pada waktu itu.



Dengan berkat usaha, sabar dan ketekunan, bersama membuatkan mereka berjaya pada hari ini. Bahkan disebabkan pengorbanan suaminya itu jugalah Attyra Saari begitu menghargai suaminya.

Turut mendoakan

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet telah memberi komen yang positif pada pasangan ini. Pada masa yang sama mendoakan pasangan ini agar diberikan kebahagiaan hingga akhir hayat bersama anak-anak mereka.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen