"Tak nak buang masa 'dating', jumpa yang tepat terus kahwin..." - Zizan Razak

Oleh: Zuzu Yasmine

Pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita popular, pelawak dan pelakon Zizan Razak tidak pernah berputus asa sebaliknya menganggap jodoh belum tiba.


Tak nak buang masa lagi

Hampir semua wanita yang dikaitkan itu telah pun mendirikan rumah tangga namun, Zizan menyatakan bahawa jika dia bertemu dengan wanita pilihan yang tepat, dia enggan membuang masa untuk berkenalan dalam tempoh yang lama.

"Tiada siapa yang tidak mempunyai perasaan untuk berkahwin. Cuma buat masa ini, saya banyak menghabiskan masa dengan perkara yang memberi keuntungan seperti berniaga.

"Andai sudah ada wanita yang tepat dan keluarga masing-masing merestuinya, saya akan berkahwin tanpa membuang masa.

"Saya tidak mahu membuang masa dengan keluar 'dating, beri kata-kata manis dan sebagainya," katanya.

Memang ramai kawan perempuan

Menurut Zizan, dia sememangnya ramai kawan wanita, namun tidak terfikir untuk mengenali lebih dekat kerana enggan merosakkan persahabatan yang terjalin.

"Tipulah kalau tiada kawan wanita dan ada perasaan suka, tetapi untuk mencuba berkawan lebih jauh saya rasa tidak sebab takut merosakkan persahabatan. Saya takut hubungan tidak jadi, lalu persahabatan hancur. Akhirnya, jadi kawan sahaja," ujarnya.

Serahkan jodoh pada keluarga

Dia juga pernah menyerahkan soal jodoh kepada keluarganya namun memikir kembali perasaannya.

"Emak pernah beritahu suka seorang gadis. Saya cuba berkenalan tetapi kemudian saya berfikir, kalau berkahwin tanpa perasaan, bagaimana?

"Saya sudah berusia 36 tahun. Andai saya mahu memperjudikan kehidupan saya kepada orang yang saya tidak cinta, risau juga," katanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen