Adik pregnant lagi, wanita luah rasa sedih bila ditanya soal anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga tentunya ingin memiliki zuriat sendiri sebagai penyeri rumah tangga. Tapi kadang rezeki masih belum menyebelahi menyebabkan masih tertunggu-tunggu bila waktu itu akan tiba.



Itulah yang dialami oleh wanita ini apabila dirinya masih belum hamil lagi meskipun telah lama mendirikan rumah tangga.

Adik dah hamil kali kedua

Menerusi aplikasi TikTok, @era_yusnita berkongsi rasa sedihnya apabila orang sekelilingnya mula bertanya akan zuriat yang masih diharapkan oleh mereka suami isteri.

Lebih sedih lagi apabila, adiknya kini sedang hamil anak kedua dan tentu-tentunya orang sekeliling akan mula persoalkan dirinya yang masih belum memiliki cahaya mata lagi.

Yang faham saja tahu

Kongsinya lagi, orang yang berada situasi yang sama sahaja yang faham situasi tersebut.



Terlihat sebak, Era turut memuat naik videonya berserta kapsyen yang menyentuhkan hati.

“Semoga Allah makbulkan doa aku dan keluarga ku,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat buat dirinya disamping berkongsi pengalaman yang sama sepertinya. Malah, ada juga yang mendoakan agar dirinya dan mereka yang senasib akan menimang cahaya mata sendiri kelak.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen