Terima jodoh pilihan keluarga, tak sangka rupanya kekasih sendiri

Oleh: Zuzu Yasmine

Terima jodoh pilihan keluarga bukanlah satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi jika sudah mempunyai pilihan hati sendiri, tentunya ingin membina hidup bersama kekasih hati.



Namun berlainan pula dengan lelaki ini yang dikatakan terima isteri dari pilihan keluarganya walaupun sudah mempunyai kekasih hati. Semua itu dilakukan demi menunjukkan bahawa dirinya adalah anak yang taat kepada ibu bapanya.

Terima pilihan keluarga 

Perkara ini telah dikongsikan oleh sepupu lelaki berkenaan menerusi aplikasi TikTok @damdhy25.



Menurut pemilik akuan tersebut, sepupunya itu telah menjalinkan cinta dengan kekasih hatinya selama tiga tahun, malah lebih mendebarkan apabila lelaki berkenaan tidak dibenarkan berjumpa dengan calon isteri sehingga hari perkahwinan berlangsung.



Ragu dengan keputusan sendiri

Sebelum pernikahan sepupunya sempat meluahkan rasa ragu akan keputusan yang dilakukan namun, bertukar menjadi bahagia apabila rupa-rupanya calon isteri merupakan pilihan ibu bapanya adalah kekasih hatinya sendiri. Malah tidak sangka apabila takdir telah menyatukan mereka berdua.



Menjengah ke runagan komen, rata-rata begitu teruja mengetahui kisah pasangan tersebut, malah memuji sikap lelaki tersebut yang dikatakan sebagai anak yang baik. Di samping itu juga, warganet juga percaya bahawa jika sudah jodoh tidak akan ke mana.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen