Nabila Razali sahkan tak akan menyanyi lagu Peluang Kedua di SFMM35

Oleh: Zuzu Yasmine

Rata-rata peminat penyanyi Nabila Razali, berharap dapat melihat penyanyi tersebut beraksi di pentas Semi Final Muzik-Muzik 35 (SFMM35) pada 15 Disember ini.


Belum pulih sepenuhnya

Namun begitu, berikutan mengalami masalah peti suara yang dialami belum pulih sepenuhnya, penyanyi lagu Peluang Kedua itu terpaksa menolak tawaran menyanyi serta kerja yang memerlukannya bercakap selepas dinasihati oleh doktor untuk berehat.


Menurut Nabila, masalah kesihatan dialami itu mungkin tak nampak serius, tapi kesan jangka masa panjangnya amat berbahaya sekiranya tidak sembuh.

"Masalah kesihatan saya ini memang disebabkan peti suara. Susah untuk dihuraikan, namun kesimpulannya saya perlu berehat daripada menggunakan secara berlebihan dalam percakapan.

"Masalah ini mula berlaku sewaktu latihan menyanyi sebagai persediaan untuk SFMM35. Suara saya kedengaran bermasalah dan sebaik mendapatkan rawatan, doktor memberitahu memang ia berkaitan kesihatan.

"Saya juga ada bertanya dengan rakan penyanyi lain dan memang ada yang pernah mengalaminya. Masa untuk sembuh bukan sekejap, malah ada berbulan-bulan hingga bertahun," katanya.

Bakal diganti dengan penyanyi lain

Terpaksa reda dirinya bakal digantikan dengan penyanyi lain yang masih rahsia di episod ketiga SFMM35 nanti. Malah, dia yakin bahawa penyanyi terbabit akan meninggalkan impak yang hebat.

Katanya, kelangsungan karier perlu diteruskan meski terlepas banyak tawaran lain malah bersyukur apabila rezeki lain hadir selepas terpaksa ketepikan seketika bidang nyanyian.

"Tidak mengapalah, rezeki untuk menyanyi mungkin ditarik buat masa ini. Tapi, rezeki lain seperti menjadi duta produk pula makin murah dan saya sangat bersyukur," ujarnya.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen