Gara-gara picit 'jerawat' di hidung, muka gadis ini berubah dan bengkak

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang pasti pernah berdepan rasa tak berkeyakinan apabila seketul jerawat tumbuh di muka. Bagi memastikan jerawat segera hilang, ada sesetengah orang lebih suka memicit jerawat mereka.



Perkara itu juga dialami oleh Mary Ann Regacho di Filipina apabila dia menyedari ada benjolan kecil pada hidung mulanya.

Benjolan seperti jerawat

Menerusi The Sun UK, Mary menganggap bahawa benjolan itu adalah jerawat yang tumbuh disebabkan perubahan hormon selepas dia melahirkan anak ketika usianya 16 tahun.

Dia yang memicit ‘jerawat’ tersebut namun tidak menyangka selepas beberapa minggu mukanya mengalami kesakitan malah berlanjutan selama beberapa hari.


Lebih membimbangkan apabila ‘jerawat’ tersebut semakin besar beberapa minggu kemudian dan dirinya mengalami kesakitan selama beberapa hari. ‘Jerawat’ tersebut telah merubah wajahnya untuk sukar untuk dikenali.

“Muka saya berubah dan membengkak seperti belon yang ditiup,” katanya.

Keadaan bertambah parah apabila, benjolan tersebut mula merebak seluruh wajah dan turut menjejaskan penglihatan matanya apabila bengkak tersebut telah pergi ke bahagian mata.

“Saya rasa muka saya tidak akan kembali seperti dulu lagi,” tambah Mary.

Tak mampu bayar rawatan

Menurut Mary, dirinya tidak berkemampuan untuk menjalani rawatan di pusat perubatan kerana suaminya, Albert Sales hanya berkerja ‘part-time’ di ladang jirannya dan tidak memiliki pendapatan yang tetap. Malah, ketika ini juga dia memiliki anak yang berusia setahun.

Sebelum ini, dia pernah pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan akan wajahnya itu namun dia tidak mampu untuk membayar kos perubatan.

Disebabkan itu, suaminya terpaksa meminta pertolongan ramai bagi menjana pendapatan agar penyakit Mary dapat dirawat dan sembuh seperti sedia kala.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen