Sambut 'anniversary' ke-7, Che Ta & Zain Saidin sarung baju kahwin lagi

Oleh: Zuzu Yasmine

Menyambut ulang tahun perkahwinan adalah hari yang sangat bersejarah buat pasangan suami isteri. Selain, mengimbau kembali saat manis bersama, ada juga pasangan yang mengambil peluang untuk mengenakan baju pernikahan mereka semula demi mengimbas kembali detik disatukan.



11 Disember adalah hari bersejarah buat pasangan artis Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan Che Ta dan suami tercinta Zain Saidin, dimana pada tanggal tersebut mereka telah disatukan sebagai pasangan suami isteri.


Dengan itu, Che Ta dan suaminya melakukan ‘photoshoot’ seperti pengantin baru bagi memperingati hari ulang tahun mereka yang ke-7.



Menerusi Instagram milik Che ta, telihat beliau telah memuat naik beberapa posting ‘photoshoot’ yang lengkap berbusana baju pengantin tradisional bersama suaminya.

Dikesempatan itu juga, Che Ta turut berkongsi ucapan romantis buat suami tercinta sebagai tanda penghargaan dan serta rasa syukur atas perkahwinan mereka yang bahagia selama 7 tahun ini.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan ucapan dan doa buat pasangan ini, malah turut memuji kecantikan Che Ta dalam mengenakan busana tradisional tersebut.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen