Disangka lelaki tak waras, mangsa 'excident' datang minta bantuan selepas sehari pengsan

Oleh: Zuzu Yasmine

Malang tidak berbau terjadi pada seorang lelaki yang dikatakan terlibat dalam kemalangan namun tiada siapa yang datang menghulurkan bantuan kepadanya sehingga mangsa bangun dan meminta bantuan sendiri.



Menerusi Facebook Azizi Azizan, dia berkongsi detik mendebarkan apabila didatangi oleh seorang lelaki yang dipenuhi lumpur di tempat dia berkerja.




Mulanya disangka lelaki yang tidak waras, rupanya lelaki tersebut merupakan mangsa kemalangan.



Kongsi Azizi lagi, kereta yang dipandu lelaki tersebut telah hilang kawalan lalu sebelum terbabas memasuki longkang besar. Lebih malang lagi apabila, kejadian tersebut tidak disedari orang ramai kerana keadaan longkang yang agak dalam serta keadaan waktu yang agak gelap dipercayai berlaku tengah malam.



Akibat kejadian tersebut, mangsa dipercayai telah pengsan semalaman sebelum dia berjaya keluar dari keretanya.

Dikesempatan tersebut, Azizi juga sempat memberikan air kepada lelaki berkenaan sementara menunggu petugas hospital memberikan rawatan kepada mangsa. Mangsa juga dipercayai mengalami kecederaan ringan di bahagian tangannya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen