Sebak pembeli borong semua baju, lelaki ini menangis ketika FB 'live'

Oleh: Zuzu Yasmine

Rezeki sememangnya tak pernah salah alamat, walaupun kadang kala pelbagai usaha sudah diletakkan tapi jika namanya belum rezeki tentunya tidak datang kepada pemiliknya.

Namun, itu bukan alasan untuk berputus asa ataupun menyerah kalah, sebaliknya salah satu cara untuk lebihkan usaha dan percaya akan rezeki yang sudah tertulis.



Seperti yang dilalui oleh jejaka bernama Niyyar Bakri ini. Dia yang memiliki perniagaan terpakai malah seorang anak tunggal dan juga yatim piatu.

Demi mencari sesuap nasi, Niyyar akan mempromosikan jualannya secara langsung melalui Facebook. Boleh dikatakan, dia sentiasa bersemangat apabila berinteraksi bersama pelanggan-pelanggannya.

Seperti rezeki yang tidak disangka-sangka, Niyyar berjaya menjual pakaian dengan harga RM3000 pada waktu subuh beberapa hari lalu. Itulah kali pertama seseorang membeli barang jualannya dengan harga yang tinggi.



Ketika live tersebut juga, Niyyar juga sempat mengalirkan air mata kerana sangat berterima kasih pada pembeli yang baik hati tersebut.



Lebih menyentuh hati apabila, Niyyar menyatakan bahawa hasil jualan tersebut akan digunakan untuk dia pulang semula ke kampung halaman Indonesia untuk menziarahi pusara kedua ibu bapanya.

Menurut pengguna Facebook Azarinah Binti Awang, dirinya turut berbangga dengan rakannya itu malah turut menyatakan bahawa Niyyar tidak pernah berputus asa dalam perniagaannya walaupun ada pasangan surutnya.

 


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen