Wajib ambil perkerja Melayu Islam, Mr. Gan adakan solat hajat setiap tahun

Oleh: Zuzu Yasmine

Negeri Kelantan sememangnya terkenal dengan pelbagai juadah yang menyelerakan. Bukan sahaja terkenal dengan pelbagi pantai yang cantik, tetapi juga terkenal dengan loghat mereka tersendiri.

Tidak kira Cina, Melayu mahupun India yang menetap di Kelantan tentunya akan begitu fasih dengan loghat tersebut.



Bukan itu sahaja, orang Kelantan juga terkenal dengan kerjayaan mereka dalam dunia perniagaan. Malah, baru-baru ini juga salah seorang anak jati Kelantan telah berkongsi kerjayaan perniagaannya.

Menerusi perkongsian video dari Urus Setia Komunikasi Negeri Kelantan, pengusaha Minyak Masak 303, Gan Leong Piow berkongsi bahawa salah satu punca kerjayaannya adalah disebabkan beliau mengadakan solat hajat setiap tahun.



Wajib ambil melayu Islam


Beliau yang fasih dengan lograt Kelantan menyatakan bahawa setiap perkerja yang diambil untuk berkerja di kilangnya adalah terdiri daripada orang Malayu beragama Islam dan bukannya orang luar dan harus menunaikan solat.



Pengusaha minyak ini juga menyatakan bahawa setiap tahun kilangnya akan membuat solat hajat.

"You tak akan percaya ni, setiap tahun buat sembahyang hajat saya punya kilang, Yes! Why not?” Tegasnya.

Setiap perkerja perlu tunaikan solat

Katanya, walaupun berbangsa Cina, namun agama sangat penting dan perkerjanya perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dalam bab agama.

“I’m a Chinese but i believe in God (saya berbangsa Cina tetapi saya juga percaya kepada Tuhan), agama itu penting.”

“Saya buat tempat diorang solat untuk lelaki dan perempuan. Sampai masa kena pergi sembahyang.” Jelas beliau.



Menurutnya, hidup tanpa Tuhan itu sama seperti tiada apa-apa jadi setiap pekerjanya perlu menunaikan solat walaupun sedang berkerja.

“Tak boleh, tak boleh (mengadu). Sembahyang paling mustahak, you kena pergi sembahyang.”

“Saya akan tunggu, itu benda wajib. Kalau kita hidup without God we are nothing (kalau hidup tanpa tuhan kita bukan apa-apa),” Kongsinya.

Hargai perkerja

Tidak hanya itu sahaja, beliau yang telah mengusahakan perniagaan ini sejak tahun 80-an turut menyatakan bahawa setiap majikan perlu menghargai perkerja serta menghormati mereka ketika berkerja.

Tambahnya, beliau turut menjaga hubungan baik sesama perkerja dan ada beberapa perkerjanya yang setia bersamanya sejak daripada awal perniagaan sehingga kini.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen