Kucing mati tersepit 'roller shutter' bank, dipercayai unsur khianat

Oleh: Zuzu Yasmine

Kejam, apabila seekor kucing ditemui mati tersepit di pintu ‘roller shutter’ dipercayai perbuatan khianat di hadapan sebuah bank di Taman Tampoi Utama, Johor Bahru.



Menerusi laman Facebook, Persatuan Haiwan Malaysia menyatakan bahawa kejadian tersebut disedari orang awam pukul 3 pagi sebelum memaklumkan kepada persatuan selepas itu.

Sengaja tahan kucing keluar

Difahamkan kematian kucing itu seperti sengaja dilakukan dengan cara menahan kucing sewaktu ‘roller shutter’ sedang turun secara perlahan untuk menutup pintu ruang mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

“Kucing tidak akan tunggu di satu lokasi jika berlaku bunyi bising. Sudah tentu bunyi ‘roller shutter’ kuat sewaktu turun akan memeranjatkan kucing dan haiwan itu akan berlari pergi.

“Kejadian ini seolah-olah badan kucing itu sengaja ditahan hingga lehernya tersepit,” kongsi laman tersebut.

Bantu siasatan

Pihaknya turut percaya kejadian berlaku pukul 12 tengah malam kerana itu adalah waktu penutupan ‘roller shutter’ secara automatik.

“Setiap bank akan menutup pintu ‘roller shutter’ ATM pada pukul 12 tengah malam dan hanya membukanya semula pukul 6 pagi,” jelasnya.

Dalam pada itu, selain mengharapkan rakaman kamera litar tertutup daripada pihak bank untuk mengetahui kejadian sebenar, persatuan turut memohon saksi kejadian untuk berkongsi maklumat melalui talian 011-20901097 agar pelakunya dapat dikesan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen