Suami ambil 'bini' baru, isteri diabaikan siap letak PS5 di 'seat' depan lagi

Oleh: Zuzu Yasmine

Sony PlayStation 5 antara barang idaman orang lelaki. Nak-nak lagi apabila permainan konsol PS5 ini sudah mula dijual di Malaysia.

Ketika baru dilancarkan pada November lalu secara pra tempahan, hanya memerlukan 1 minit untuk menghabiskan semua stok yang ada. Malah, dikatakan bulan Disemberi ini adalah batch kedua permainan konsol tersebut.



Baru-baru ini, tular satu rakaman apabila seorang wanita menemani suaminya mengambil PS5 yang telah ditempah.

Mula-mula pegang tangan

Menerusi rakaman yang dikongsi di aplikasi TikTok oleh Zazazaabidinn, mulanya suaminya masih ingin berpegang tangan dengannya saat mula-mula masuk ke pusat beli belah tersebut.



Namun, tidak lama selepas itu langkah suaminya makin laju ke depan dan meninggalkan dirinya di belakang.

“Nak ambil bini kedua”

Rupanya, suaminya terus menuju ke outlet Sony untuk mengambil tempahan PS5 miliknya.

Bukan itu sahaja, selepas memperolehi PS5, dia juga terpaksa reda berkongsi tangan suaminya dengan PS5 yang dianggap sebagai isteri baru suaminya.

Tidak cukup dengan itu, suaminya terus meletakkan PS5 di tempat penumpang di hadapan hingga menyebabkan Zaza terpaksa duduk di belakang bersendirian.

Siap pakaikan 'seat belt'

Lebih mencuit hati lagi, ketika suaminya sedang memandu, suaminya siap memegang PS5 tersebut dengan baik malah turut dipakaikan 'seat belt' bagi mengelakkan kerosakan pada permainan konsol tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri malah ada juga menyatakan bahawa bersyukur sekiranya suami ketagihan game berbanding perempuan lain. Malah ada juga yang meninggalkan komen maksud sebenar PS iaitu perempuan simpanan.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen