Gadis kenalkan teman lelaki pada keluarga, tak sangka diuji suruh jadi imam

Oleh: Zuzu Yasmine

Berjumpa keluarga pasangan bukanlah perkara yang mudah, nak-nak lagi kalau hubungan pasangan tak bersedia dan serius, memang tak lah nak jumpa ibu bapa. Tapi kalau dah berani jumpa ibu bapa pasangan boleh nampak dah yang dia betul-betul nak bawa hubungan ke arah yang lebih baik.



Dalam hubungan ni, bukan perasaan cinta sahaja penting tapi restu ibu bapa juga penting untuk bawa hubungan ke langkah seterusnya.

Nervous bawa jumpa keluarga

Seperti gadis ini yang membawa teman lelakinya berjumpa ibu bapanya untuk saling berkenalan. Namun, tak sangka pula ujian lain yang diterima oleh kekasih hati.


Menerusi aplikasi TikTok Nurakheri, dia berkongsi momen ketika teman lelakinya datang bertemu ibu bapanya.

Awalnya, teman lelakinya agak nervous ketika ingin melangkah masuk ke rumahnya. Malah, teman lelakinya sempat menyorok di belakang kereta semata-mata ingin berlatih salam.



Diuji jadi imam solat

Bukan itu sahaja, tanpa diduga teman lelakinya juga diuji menjadi imam untuk solat berjemaah mereka sekeluarga.

Seperti adat orang dulu-dulu, dirinya juga tidak dibenarkan bersama teman lelakinya dan ibu bapanya di ruang tamu. Walaupun sekadar mengintai dari dapur, namun dia bersyukur segalanya berjalan lancar.

Menurutnya, sudah dua atau tiga bulan dirinya dan pasangan menunggu saat ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman yang sama saat membawa bakal suami untuk berkenalan dengan keluarga. Malah, ada juga yang berkongsi tips untuk berjumpa keluarga pasangan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen