Bila ihsan disalah guna, penyewa tak bayar sewa 9 bulan & bil tertunggak RM4K

Oleh: Zuzu Yasmine

Dah banyak kes mengenai tuan rumah yang baik hati namun penyewa ambil kesempatan akan perkara tersebut. Kadang bukan sahaja tidak menjaga rumah dengan baik malah ada juga yang tak bayar sewa dan utiliti berbulan-bulan.



Walaupun telah diberi notis dan peringatan, namun penyewa betul-betul hanya memejam mata buat tak tahu sahaja, tapi bila diarahkan keluar macam-macam kerosakan pula dia lakukan.

Tak bayar sewa 9 bulan

Perkara yang sama juga dilalui oleh lelaki ini yang dikatakan telah beri banyak waktu dan peluang kepada penyewanya.



Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok Aiaoooo, lelaki berkenaan meluahkan rasa kesal apabila penyewanya bukan sahaja tidak membayar sewa rumah selama 9 bulan bahkan juga bil elektrik tertunggak sehingga RM4 ribu.



Tambahnya, ini yang dia terima setelah melakukan perbincangan dengan penyewa berkenaan.

Sempat jengah ke dalam rumah

Melihat ke rakaman tersebut, mulanya dia datang ke rumah tersebut untuk memberi notis, malah ketika itu dia melihat rumah tersebut tidak berkunci.

Dalam kesempatan itu, dia mengambil peluang untuk melihat keadaan dalam rumahnya dan masih terdapat beberapa perabot milik penyewa tersebut di bahagian ruang tamu dan juga dapur.



Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diterima dari warganet yang rata-rata bersimpati akan nasib tuan rumah tersebut yang terlalu baik dan berlembut.

Bahkan, ada juga yang menyarankan beberapa cara kepada tuan ruamh tersebut untuk membuat penyewanya keluar dari rumah itu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen