Salahkan 'nurse' masa 'swab test', lelaki ini dikecam netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi membendung penularan wabak Covid-19, orang ramai sentiasa dinasihatkan untuk memakai pelitup muka ketika keluar rumah. Malah ada juga yang mengambil langkah untuk lakukan ujian saringan bagi memastikan diri betul-betul bebas wabak tersebut.

Namun begitu, sesetengah orang beranggapan bahawa melakukan ‘swab test’ agak menyakitkan namun ada pula yang berkata sebaliknya.



Baru-baru ini, tular satu rakaman yang menunjukkan seorang pemuda tidak berpuas hati dengan seorang jururawat selepas dirinya melakukan ujian saringan.

Beri kata kesat

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter Haqeemhyzan, pemuda tersebut dikatakan meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia mendakwa jururawat tersebut telah menjolok ‘swab’ ke dalam hidung hingga menyababkan kesakitan.



Melihat ke dalam rakaman tersebut, pemuda itu turut megeluarkan kata-kata kasar kepada jururawat terbabit sehingga ingin menyaman frontliner tersebut.



Minta maaf

Namun, demi tak nak mengeruhkan keadaan jururawat tersebut meminta maaf kerana dikatakan telah menyakiti lelaki tersebut.



Perkara tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari warganet yang rata-rata tidak berpuas hati dengan sikap lelaki berkenaan.

Malah, ada juga yang menjelaskan bahawa lelaki berkenaan sebelum ini pernah jalani pembedahan plastik di bahagian hidung menyebabkan kesakitan pada hidungnya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen