10 tahun kahwin, Irwansyah dedah dulu selalu bergaduh dengan isteri macam budak-budak

Oleh: Zuzu Yasmine

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Bermasam muka dan merajuk itu adalah perkara biasa dalam alam perkahwinan, namun semua itu tentunya dapat menguatkan lagi hubungan perkahwinan.



Perkara itu juga dilalui oleh pasangan selebriti dari Indonesia ini, Irwansyah dan Zaskia Sungkar yang telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun.



Sering meminta cerai


Menerusi detikhot, Irwansyah mendedahkan bahawa isterinya seperti kanak-kanak malah beberapa kali juga meminta untuk berpisah apabila berlaku pergaduhan.

“Oh dia sangat childish! Kalau dulu macam budak-budak sangat, kalau gaduh memang bergaduh. Sekarang Alhamdulillah jarang bergaduh lagi.

“Selalu Zaskia akan cakap dengan saya, dia mahu cerai, mahu cerai!,” katanya.


Perkara tersebut juga diakui oleh Zaskia malah menyatakan bahawa perkara tersebut berlaku kerana emosi yang memepengaruhi percakapan. Malah, ketika itu juga usianya masih muda membuatkan dia berfikir seperti itu.

“Usia sangat mempengaruhi. Dulu masih macam budak-budak. Sekarang dah malas nak gaduh kerana masalahnya sama sahaja,” ujarnya.

Teruja lakukan persiapan

Turut berkongsi perkembangan persiapan menanti cahaya mata sulung mereka, dimana semua persiapan dikatakan hampir lengkap malah hanya menunggu masa sahaja.

“Teruja sangat, tapi untuk beli bayi mama yang belikan. Sekarang bilik kami sedang dibesarkan untuk dipersiapkan bilik anak sekali.

“Yang kecoh bukan sebab nak bebelanja tapi masa melihat anak melalui imbasan, itu lebih teruja nak tahu baby buat apa,” kongsi Irwansyah.

Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011 dan bakal menyambut cahaya mata pertama selepas menanti selama hampir 10 tahun.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen