Konon membebel panjang suruh anak berjimat, gelagat bapa terima hadiah jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja buat anaknya. Demi memberi keselesaan hidup pada anaknya, seorang sanggup berkerja keras membanting tulang empat keratnya tidak kiralah sama ada ketika hujan ataupun panas.

Sebagai seorang anak, tentunya ingin membalas jasa seorang ayah namun tidak akan berbalas. Jadi apabila ada rezeki lebih tentunya anak akan membeli hadiah sebagai tanda menghargai ayah mereka.



Walaupun pada mulut menyatakan hadiah tersebut membazir tapi tentunya di dalam hati berbunga seperti ayah gadis ini.

Ayah bebel suruh berjimat

Menerusi capaian Twitter yang mahu dikenali sebagai Sue, dia telah memuat naik video ketika dia memberikan bapanya sepasang kasut sneakers yang berjenama.



Melihat ke rakaman tersebut, dilihat ayahnya mula membebel dengan menyatakan bahawa pembelian tersebut adalah pembaziran dan menyuruh anaknya untuk berjimat cermat.


Dalam hati berbunga


Namun, dalam pada masa yang sama dia juga turut membelek kasut yang diterima beberapa kali dan pada hujung rakaman bapanya mengucapkan terima kasih atas pemberian tersebut dengan nada yang agak tegas.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata terhibur dengan gelagat bapa gadis berkenaan. Malah, ada juga menyatakan bahawa itu adalah cara bapanya cover rasa bahagia dan terharu.

Bahkan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama dengan bapa masing-masing ketika menerima hadiah.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen