Harap dapat jodoh macam ni, lelaki solat dalam tren buat hati gadis cair

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mencari pasangan hidup, tentunya ingin mencari seseorang yang baik serta mempunyai pegangan agama yang mencukupi. Tidak kiralah lelaki ataupun perempuan, kedua-duanya pasti mahukan perkara yang sama.

Baik hati, solat tak tinggal serta setia itulah antara ciri-ciri pasangan hidup yang dicari-cari oleh mereka yang masih bujang ketika ini.


Baru-baru ini tular satu rakaman di aplikasi TikTok yang memuat naik video ketika berada di dalam tren sedang menuju ke sebuah tempat.

Khusyuk tunaikan solat

Dalam video tersebut, gadis Indonesia ini lebih fokus kepada seorang lelaki yang kelihatan sedang menunaikn solat di tempat duduknya di koc tren tersebut.

Walaupun pada ketika itu tren sedang bergerak pantas, namun lelaki tersebut kelihatan khusyuk dengan solatnya tanpa mempedulikan apa yang berlaku disekelilingnya.



Beruntung siapa miliki dia

Malah, gadis yang mahu dikenali sebagai Puspa juga turut meluahkan rasa beruntung jika ada gadis yang mendapat lelaki sebaik pemuda tersebut malah turut berharap agar dirinya dipertemukan jodoh seperti lelaki itu.

“Masha Allah mas semoga calon imamku seperti mu ya,” tulisnya di paparan video itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju akan kenyataan gadis tersebut malah turut berharap agar bertemu jodoh dengan lelaki tersebut.

Bahkan, ada juga yang menasihati agar memperbaiki diri dahulu sebelum berharap ingin memiliki jodoh sebaik itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen