Keluarga atau Kawan?

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Aku nak kongsikan sebuah kisah tentang bapa kawan aku yang mengalami masalah pentingkan kawan daripada keluarga. Aku bukan nak buka aib dan aku pun dah dapatkan kebenaran daripada tuan punya badan untuk ceritakan perkara ni.

Kawan aku bernama S dan kami satu sekolah serta tinggal dalam satu kawasan yang sama. Kami kiranya jiran jauh lah. Sebenarnya, S ni selalu je dapat hadiah dekat sekolah tapi dia tak pernah ajak mak bapa dia sebab dia kata,

“Tak apalah, bukan penting pun hadiah ni. Mak bapa aku sibuk.” 

Aku hanya mengiyakan tentang perkara tersebut. Ye lah, pada zaman sekarang ni jarang sekali ibu yang bergelar suri rumah sepenuh masa. Mesti kena kerja untuk menampung kehidupan. Begitulah kehidupan S. Aku selalu pergi rumah dia untuk siapkan kerja sekolah dan bermain sebab S tak boleh tinggalkan rumah. Dia anak sulung jadi, dia kena jaga 2 orang adik dia. S tak pernah mengeluh malah aku nampak dia bahagia dengan hidup dia.

Sepanjang perkenalan kami selama 5 tahun, aku tak pernah tahu masalah keluarga dia sehingga lah pada suatu hari kawan aku memenangi sebuah pertandingan akademik dan ibu bapanya dijemput hadir untuk menyaksikan penerimaan hadiah tersebut. Dia juga menyuruh aku datang dan aku dengan senang hatinya menghadirkan diri. Berbeza dengan mak bapanya. 

Pada hari tersebut, hanya ibunya sahaja yang datang dan bapanya tidak turut serta. Pada awalnya aku tak nak tanya pasal bapa dia, tapi entah kenapa hari tu aku rasa macam nak tahu sangat keluarga dia ni macam mana. S ni jenis yang banyak cakap, tapi dia tak pernah cerita masalah keluarga dia dekat aku. Lepas je habis majlis, mak S terus bergegas kembali semula ke tempat kerja dan mak dia bagi kami duit untuk beli makanan dan balik rumah naik bas macam biasa.  

Keluarga S ni aku tengok memang pemurah dan boleh dikatakan sangat murah rezeki. Sejujurnya S selalu belanja aku malah setiap kali birthday aku, dia tak pernah tak belikan kek dan hadiah. Boleh aku katakan, sikap pemurah S seperti mewarisi sikap mak bapa dia. Tapi, disebalik semua tu S mengatakan bahawa keluarga dia tak adalah bahagia sangat. S selalu kata yang dia bersyukur sangat kalau mak bapa dia sentiasa berbaik. Tak bergaduh dan selalu ceria walaupun benda tu berlaku pada mata orang lain. 

Aku pada awalnya tak faham apa yang S ni kata tapi bila dia cerita perkara sebenar, aku akhirnya mengerti yang sebenarnya bapa S ni selalu ketepikan keluarga dan mengutamakan kehidupan sosialnya bersama kawan-kawan. Aku agak terkejut bila S ceritakan perkara tu sebab jujur, bapa dia nampak caring sangat malah tak pernah tinggikan suara terhadap anak-anak depan orang lain. Bezalah dengan mak ayah aku. 

So, menurut S bapa dia jarang luangkan masa dengan mereka. Setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah bapa dia akan keluar dengan kawan-kawan. Pergi memancing, bersukan atau buat apa saja dengan kawan-kawannya. Bak kata S, hidup macam orang bujang. S akui, segala duit belanja dan segala kemahuannya dirinya sebagai seorang remaja dan anak tak pernah di abaikan. 

Dia akui juga yang bapa dia seorang yang baik dari segi agama serta budi pekerti tapi itulah, bapa dia lebih banyak lauangkan masa dengan kawan-kawan berbanding dengan keluarga. Mak dia seorang yang bekerja dan pandai memandu jadi mak dia pun tak bergantung sangat dengan bapa dia. Apa yang dia nampak, mak bapa dia seolah-olah bawa haluan masing-masing. 

Mereka duduk serumah tapi jarang berbual bersama. Kalau makan pun jarang semeja sebab kadang bapa dia balik lambat dan akan makan diluar dengan kawan-kawan sebelum pulang ke rumah. Kami akan berkumpul makan semeja pun bila raya dan puasa. Puasa pun masa sahur je katanya.

Aku macam tak percaya dengan apa yang S kata. Sebab, S ni seorang yang selalu ceria, easy going dan tak pernah nampak serabut. Padahal, menyimpan pelbagai fikiran dan masalah. Bila aku tanya S tentang perasaan dia, dia kata mula-mula S rasa macam kenapa keluarga dia macam tu tapi bila dah lama dia macam dah lali. S menyatakan bahawa dia rindu nak luangkan masa dengan bapa dia. Sebab, pada dia duit boleh cari tapi masa tak akan terganti. Dia cuma berharap bapa dia sedar dengan apa yang bapa buat. 

Aku pun sebenarnya tak tahu nak bantu S ni macam mana. Aku harap pembaca dapat berikan beberapa cadangan untuk sedarkan bapa S ni tentang apa yang dia buat.

Sekian, terima kasih.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen