Lama mencari akhirnya Najib Razak berjumpa lelaki doakan ibu di luar pagar

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular satu gambar seorang warga emas berdiri di luar pagar Makam Pahlawan bagi mendoakan ibunda bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Allahyarhamah Tun Hajah Rahah binti Tan Sri Dato’ Haji Mohamed Noah.



Terharu dan berterima kasih, Datuk Seri Najib telah menyimpan hasrat untuk bertemu dengan individu tersebut jika berkesempatan.

Berjumpa di majlis tahlil

Menerusi akaun Facebook bekas perdana menteri itu, beliau telah memuat nak gambar pertemuan dengan warga emas yang dikenali sebagai Encik Rusli Md Udin.



Pertemuan itu berlaku ketika majlis tahlil buat ibunda beliau yang meninggal dunia minggu lalu hasil dari bantuan warganet dan juga kenalannya.


Muat naik video warga emas

Terdahulu, Najib telah memuat naik video warga emas berkenaan yang menyatakan bahawa dirinya berjalan kaki dari Kampung Baru ke Makam Pahlawan telah mendapat perhatian dari warganet.



Kesempatan itu, Najib juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga emas berkenaan yang begitu prihatin dengan keluarganya serta mendoakan agar Pakcik Rusli diberi kesihatan yang baik.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen