Wanita separuh bogel ditemui mati dengan kesan kelar di leher

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang gadis warganegara Indonesia ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan kesan tikaman di leher oleh rakan serumah mangsa di Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas Klang.

Difahamkan, mangsa dirogol terlebih dahulu sebelum dirompak dan kemudiannya dibunuh oleh suspek yang dipercayai juga merupakan warganegara indonesia.


Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa meminta kakaknya dan rakan sebilik untuk membelikan makanan, namun selepas pulang dari membeli makanan mangsa telah ditemui mati.



Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa dipercayai dalam lingkungan 20-an ditemui hanya memakai t-shirt, dan berlumuran darah akibat kesan tikaman.

"Mayat ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik di tingkat satu rumah kedai dekat Taman Seri Andalas di sini.

"Polis menerima panggilan dari rakan mangsa pada jam 2.05 petang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.

"Pemeriksaan pada badan mangsa dapati terdapat kesan tikaman di bahagian leher sebelah kiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsul Amar berkata mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen