Tok Ti akui bayi dalam kandungan adalah kembar Aafiyah

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya ramai yang sudah sedia maklum bahawa penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sedang hamil anak kedua.

Mesra dengan panggilan Tok Ti, berita gembira itu telah dikongsikan ketika Majlis pelancaran Wonderlab dan BeauSiti yang berlangsung secara online menerusi aplikasi Zoom.



Baru-baru ini Tok Ti sekali lagi mengumumkan bahawa dirinya bakal menimang cahaya mata lelaki pada April tahun hadapan.



Ketika menjadi tetamu di CartaERA40, Nabil Ahmad ada bertanya akan amalan yang diamalkan oleh beliau untuk mendapatkan anak lelaki.



Menurut penyanyi kesayangam ramai itu, beliau menyatakan bahawa anak dalam kandungannya sebenarnya adalah kembar kepada anak sulungnya Siti Aafiyah.

“Sebenarnya saya lalui rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF)… bila kita buat peringkat-peringkat bayi, embrio dan sebenarnya bayi lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah.

Menurut beliau, ketika itu doktor yang merawatnya tidak galakkan masuk dua embrio, jadi beliau memilih untuk memasukkan satu terlebih dahulu iaitu Aafiyah.

“Dia terjadi pada waktu dan hari yang sama… tapi doktor masa tu tak galakkan masuk dua embrio. Jadi, masuk Aafiyah dulu.

“Tiga tahun kemudian baru masukkan yang ini,” katanya.

Terdahulu, Tok Ti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah, yang kini berusia dua tahun.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen