Kantoi berhubung melalui telefon, ayah bertegas nak mereka kahwin

Oleh: Zuzu Yasmine

Mendirikan perkahwinan pada usia yang muda tentunya bukan satu perkara yang asing dalam masyarakat, namun agak jarang berlaku apabila kedua-dua mempelai baru sahaja mencecah usia belasan tahun.



Baru-baru ini, tular pasangan pengantin belasan tahun apabila video dan foto mereka yang mengenakan busana pengantin dipaparkan di laman sosial malah mengundang perdebatan dalam kalangan netizen mengenai perkahwinan mereka yang berlangsung dalam usia yang muda.



Menerusi laporan Harian Metro, pasangan ini telah berkenalan sejak 8 bulan lalui dan saling berhubung menerusi telefon bimbit sebelum hubungan tersebut diketahui keluarga Ahmad Faris Umar,17.

Tidak sangka akan bergelar suami isteri seawal ini, pasangan ini menganggap bahawa ini semua sudah ketentuan Allah.

Nur Irdina, 15, berkata, keluarga Ahmad Faris Umar datang berjumpa keluarganya dan mencadangkan agar disatukan mereka berdua untuk menghalalkan hubungan.

"Ketika diberitahu mengenai perkara itu, saya agak terkejut dan langsung tidak menyangka bahawa keluarga akan mengambil keputusan sedemikian namun saya tidak membantah malah sedikit teruja.

"Segala persiapan dilakukan dalam tempoh dua bulan malah segalanya dipermudahkan sehinggalah pada 20 Disember lalu saya sah menjadi isteri," katanya.

Ahmad Faris Umar pula berkata, perkenalannya dengan isteri adalah pada awalnya sebagai pembeli dan penjual dalam talian.


Dia yang membeli kabel telefon daripada Nurin Irdina berjumpa buat kali pertama selepas barangan yang dipesannya itu dihantar ke rumah dan sejak itu mereka berhubung menerusi telefon bimbit.

"Sebaik mendengar cadangan daripada emak agar saya berkahwin, memang tidak percaya dan anggap ia satu gurauan namun apabila mengetahuinya adalah serius, saya terus bersetuju.

"Buat masa kini kami berulang-alik di rumah saya di sini manakala rumah Nurin di Kampung Chawas, tidak jauh dari sini dan saya sebelum ini bekerja dengan syarikat ayah yang mengusahakan perniagaan hartanah namun kini akan memberi fokus kepada perniagaan dalam talian bersama isteri," katanya.

Merurut ibunya, Zalaha Hassan, 56 berkata, keputusan untuk mengahwinkan anak bongsunya itu disepakat bersama suami, Alwi Ismail, 63, yang ingin segera menghalalkan hubungan.

Dia berkata, suaminya seorang yang tegas dan sebaik mengetahui dua remaja itu sedang berhubung walaupun hanya menerusi telefon, tanpa berfikir panjang mereka segera membuat keputusan untuk menghalalkan hubungan.

"Faktor usia muda bukan isu utama bagi kami dan apa yang lebih penting adalah menghalalkan mereka kerana di zaman sekarang, banyak isu sosial yang semakin membangkan dan sekurang-kurangnya ia jalan terbaik buat mereka berdua," katanya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen